Warna Warni 2011

>> Saturday 31 December 2011

Hari ini 31 Disember, hari terakhir kita berada di tahun 2011. Sedih pula untuk meninggalkan 2011 yang banyak menyimpan kenangan manis buat saya. Hmm, blog ini juga lahir pada 2011!! Semoga 2012 akan membawa kita semua ke arah hidup yang lebih bermakna. Amin..

Entri kali ini saya nak mengimbas kembali peristiwa-peristiwa besar yang berlaku di seluruh dunia.

1) Perkahwinan Diraja Prince William dan Kate Middleton yang sangat dinantikan oleh semua. Memilih 29 April, perkakwinan mereka telah disiarkan secara langsung ke seluruh dunia. Memang meriah. Teringat kembali zaman bahgia Lady Diana dulu kan.

suka gambar ni.sweet sgt~
2) Tsunami Jepun- Pada 11 Mac, bumi Jepun telah dilanda gempa bumi sekuat 8.9 pada skala richter dan telah menyebabkan tsunami setinggi 10 meter melanda sekitar beberapa kawasan pantai negara itu. Ngeri... Semoga musibah ini menjadi iktibar kepada kita semua. Sesungguhnya Allah SWT itu sangat berkuasa ke atas segalanya.

dahsyat!!
3) Nahas lori tangki dan keretapi di Sabah -  31 Oktober, hampir 200 penumpang kereta api yang dalam perjalanan dari sini ke Papar terselamat apabila kenderaan itu merempuh sebuah lori tangki minyak mengakibatkan berlaku kebakaran dan letupan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) -petikan dari Utusan Malaysia 1/11/11.

utusan msia
4) Banjir kilat di Kajang, Selangor - 2 Disember, hujan lebat yang turun hanya dalam beberapa jam telah menyebabkan pekan Kajang ditenggelami air sehingga ke paras dada. Kejadian yang berlaku dalam sekelip mata ini telah mencetuskan panik kepada penduduk setempat.

habis kete........

**2012 penuh kejutan??




Coleslaw Sedap

>> Monday 26 December 2011

Haaa,memandangkan berat badan menunjukkan penambahan 1 kg, pagi ni terus sarapan dengan coleslaw. Haha, gedik tau. Baru naik 1 kg je pun. Hmm, takpelah sebagai langkah pencegahan awal untuk menepis berat badan ni terus naik kan. Selama ni asyik makan coleslaw kat restoren fastfood je kan, so apa kata lepas ni buat sendiri. Bukan susah pun, pejam mata pun boleh buat.(ok,tipu!)

Resepi coleslaw ni saya rujuk pada blog Chef Hussin, tapi saya ringkaskan kat bawah ni kalau-kalau anda malas nak baca entri Chef Hussin.hehe...

Psst,sebenarnya coleslaw ni saya buat malam tadi. Then simpan dalam peti ais untuk breakfast pagi tadi. Yummy....



Bahan-bahan:
Hirisan kobis
Parutan lobak merah
Mayonis
2 sudu besar cuka
1 1/2 sudu besar gula
2 batang sosej (rebus & hiris nipis)
Garam

Cara:
Hirisan kobis dan lobak merah dicuci dan ditos sekejap.
Gaulkan kobis dan lobak merah bersama cuka dan gula.
Rehatkan campuran tadi selama 20-30 minit.
Kemudian perahkan keluar air cuka yang dimasukkan tadi.
Campurkan mayonis dan perasakan dengan garam.
Walla~

***dietla sangat.lunch confirm cari nasi.haha..

Wordless Wednesday #2 Surat Rasmi?

>> Wednesday 21 December 2011



**terlepas pandang??

Tips memikat : Khas buat teman

>> Monday 19 December 2011

Assalamualaikum semua....

Saya menaip dengan keadaan senyum lebar selepas menonton video yang sangat sweet kat bawah ni.
Ok,kenapa sweet? Anda kena tonton sendiri. Saya tumpang gembira untuk gadis bernama Dianah ni, nama kita pun ada iras-iras kan. Dianah : Diyana haha


Semalam seorang kawan meluahkan isi hatinya yang sudah ketemu dengan gadis pilihan tapi takut, segan, malu untuk bersuara. haih,luahkan ajela /nobigdeal

Saya tahu anda pemalu so saya buat enrti ni khas untuk anda, Mr A. Semoga bermanfaat dan semoga berjaya. Siapa Mr A? jeng..jeng...

Sebelum saya bagi tips-tips baca yang kat bawah ni dulu ye.



Tips ni berdasarkan pengalaman saya (err,takla banyak sangat pengalaman) dan daripada sumber-sumber lain juga.



1. Be yourself - Ni paling penting. Ramai lelaki yang berpura-pura baik, alim semata-mata untuk memancing kaum perempuan. Jadilah diri sendiri sebab jika seorang perempuan itu sudah sukakan anda, dia akan sanggup menerima diri anda seadanya. Trust me!

2. Hiburkan hatinya - Perempuan sangat suka kepada lelaki yang kelakar. Kalau anda tidak pandai untuk membuat lawak, cubalah sedaya upaya untuk hiburkan hatinya. Terutamanya ketika saat si dia bersedih. Janganlah anda sengaja pula menambahkan kesedihannya. Memang cari nahas..

3. Perhatian/ambil berat - Perempuan sangat mendambakan perhatian dan kasih sayang. Jika si dia sakit, cepat-cepat offer diri anda untuk menghantarnya ke klinik atau belikan ubat. Pasti si dia akan terharu.

4. Pendengar setia - Saat si dia bercerita, berilah sepenuh perhatian. Kalau boleh, berikanlah pandangan yang sesuai jika diminta. Biar si dia rasakan andalah pendengar yang paling baik di muka bumi ini. Mana tahu dengan sikap anda yang setia mendengar itu akan mencairkan hatinya untuk menerima anda.

5. Berterus-terang - Jika anda sudah yakin dengan perasaan anda terhadap si dia, usah di tunggu lagi. Jangan ada yang gigit jari kalau si dia dipikat jejaka lain. Sila berterus-terang agar si dia dapat tahu isi hati anda. Tetapi anda juga harus bersedia untuk menerima rejection. Cinta kan tidak boleh dipaksa.huhu...

**good luck Mr A


Daging Masak Lada Hitam MAGGI

>> Friday 16 December 2011

Kenapa Maggi?

Untuk lauk lunch tadi saya cuma masak ikan singgang dan daging blackpepper. Pening gak hari-hari dok pikir nk masak apa. Sesekali guna perencah apa salahnya kn.hehe...

Bahan-bahan :
Daging (dihiris nipis)
Kangkung
Bawang besar
Cili merah
Perencah lada hitam Maggi
Garam

1) Panaskan minyak, masukkan daging. Goreng selama beberapa minit.
2) Masukkan perencah Maggi (2-3 sudu besar). 
3) Masukkan air, masak daging sehingga empuk.
4) Setelah hampir kering, masukkan kangkung, bawang besar, cili merah dan garam. Boleh juga masukkan air jika mahukan daging sedikit berkuah.
5) Kacau lagi selama beberapa minit. 
6) Sedia dihidang.

wallaa~
**dah lulus belum nak kahwin ni?hehe..


Siapa Tengku Sophia??

>> Wednesday 14 December 2011

Update : menurut sebuah blog, akaun twitter Tengku Sophia adalah palsu dan kena hack. Tengku Sophia sebenarnya adalah beragama Islam. 

Setelah reda dengan isu yang ditimbulkan oleh Siti Al-Wuzara, kini timbul lagi seornag makhluk yang dengan sesuka hati menghina Allah SWT dan juga Nabi Muhammad SAW di tweeter. Saya takkan share apa yang di tweet tapi bacalah pesanan dari dua orang tokoh/selebriti yang saya kagumi.



**semoga mendapat balasan setimpal


Lisa Surihani...En Tapit...Perempuan & Lelaki

>> Saturday 10 December 2011

Siapa yang belum kenal husband Lisa Surihani?
Haa....Lisa dah kahwin ke? 
Bila Lisa kahwin?
Bukan ke gosip dia nak kahwin 2012?

Jeng...jeng...jeng


Haha...En Tapit ni memang gilakan Lisa Surihani agaknya. Banyak betul entri pasal Lisa. Habislah Yusry KRU, makan hati pasni /no

Untuk yang mengalami kemurungan berpanjangan, saya cadangkan anda layari blog En Tapit (sila klik gambar romantis kat atas tu). Pasti anda tidak akan kering gusi menatap semua karya beliau.

Ok, saya nak share entri pada blog beliau yang saya suka atau saya boleh katakan adalah beberapa yang memang kena kat batang hidung sendiri. Kenapa ye perempuan ni suka sangat fikir yang bukan-bukan?? Fikir negatif??/floor

Apa Yang Perempuan Perlu Faham Tentang Lelaki

  1. Kalau kami kata nak main game, kami betul-betul maksudkannya.
  2. Kalau nampak kami terhegeh-hegeh nak keluarkan duit dari dompet, pandai-pandai lah hulur sikit.
  3. Kami tak suka nak balas mesej dan jawab call setiap masa.
  4. Kalau nak buat-buat merajuk sekali dua takde masalah, kalau tiap masa nak merajuk tu memang carik masalah.
  5. Kalau kami buat alasan taknak pergi dating tu maknanya kami tengah pokai lah tu.
  6. No such things as 'I love u, I miss u' all the time...Mak bapak jauh lagi penting.
  7. Kalau tengah dating tu kami tengok perempuan lain. janganlah marah. Itu menunjukkan kami ni masih normal dan bukannya homo.
  8. Kami tak suka menunggu kamu-kamu semua bermekap dan belek tudung dalam toilet lama-lama.
  9. Wish 'good nite' dan good morning' bukanlah satu kewajipan bagi kami.
  10. Kami memang tak pernah period, tapi kami pun ada masa untuk bad mood jugak.
  11. Tengah period bukan bermakna itu alasan kamu-kamu semua untuk marah kami tak pasal-pasal.
  12. Baju kahwin kaler apa dan nak bagi nama apa kat anak bukanlah topik kesukaan kami.
  13. Janganlah mengharapkan kami untuk menjadi sesempurna makhluk, kerana itu takkan mungkin berlaku.
  14. Jangalah cakap 'saya tak fahamlah dengan awak ni' kerana kami pun bukannya faham sangat dengan kamu-kamu semua.
  15. Janganlah marah kalau kami ni tak suka nak bergambar-gambar.
  16. Kami tak suka bila kamu-kamu semua cakap, 'semua laki ni sama aje' sebab akhlak dan keperibadian seseorang itu bukannya diwarisi mengikut jantinya.
  17. Buncit itu seksi.


Bukan hanya perempuan yang perlu faham lelaki, lelaki juga perlu memahami perempuan. Terimalah pasangan anda seadanya. Jika anda mahukan yang sempurna, cermin diri anda terlebih dahulu. Belajarlah untuk saling melengkapi.

***luv u d way u are

Buat Penggemar Sardin

>> Thursday 8 December 2011

Siapa suka makan sardin? Sila angkat hidung anda supaya lebih mancung mengalahkan hero hindustan.haha... Saya pasti ramai yang gemarkan sardin. Tak kisahlah sardin cap ayam, cap adabi waima cap cinta sekalipun. Sebab apa orang suka makan sardin? Semestinya sebab penyediaannya yang mudah, cepat dan pastinya sedap. Hari ni saya nak share satu resepi yang boleh memberikan sedikit kelainan daripada yang biasa-biasa kita masak sebelum ni. Ok, resepi ni saya dapat daripada myresepi.com, resepi asal boleh KLIK SINI.

abaikan mangkuk yang sangat besar itu


Ini saya punya versi.

1 tin sardin
1 batang serai (dititik)
3-4 sb cili kering kisar
1 biji bawang besar-hiris
1 ulas bawang putih-hiris
1/2 inci halia-hiris
1 sb lada hitam-ditumbuk
1 ulas bawang putih-ditumbuk
5 batang kacang bendi
1 tangkai cili (potong ikut suka)
Asam keping / air asam jawa
Garam

1) Panaskan minyak dalam kuali/periuk. Tumis bahan-bahan hiris (bawang besar, bawang putih, halia) bersama serai hingga wangi.
2) Masukkan pula bahan tumbuk (lada hitam, bawang putih) dan cili kering kisar. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan sedikit air. Biarkan mendidih.
3) Masukkan sardin bersama sosnya, asam keping / air asam jawa, kacang bendi dan cili. Kacau perlahan. Tambah air jika perlu.
4) Perasakan dengan garam. Masak dengan api perlahan selama beberapa minit.
5) Sedia dihidang bersama nasi atau roti.

Gerenti sedap /bye

**practice makes perfect


Puisi Cinta Zahiril untuk Shera

>> Thursday 1 December 2011

How sweet /blush

"Zahiril berpura-pura terjumpa kertas dalam tuxedo, ketika itu Shera sedang khusyuk mendengar lagu I will always love you - ungu, yang dinyanyikan oleh abang Zahiril, tiba-tiba Zahiril bangun dan menujukan puisi buat isterinya, yang magisnya ada mic tersembunyi dalam tuxedo beliau



Layan je puisi yang Zahiril lantunkan untuk isteri tercinta Shera.

" Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar. Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik.

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit. Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong.

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri. Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan.

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu.

Setiap siang dan malam. Setiap guruh dan hujan.

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta'ala. 

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku. Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku. "


waaaaaa,jeles haha

semoga berbahagia selamanya

Source : hafizatan.net

**sabar menunggu detik itu