Easy Oreo Muffin

>> Wednesday 26 October 2011

Salam...

Happy Deepavali untuk semua yang beragama Hindu.

Sempena cuti hari ni kan, saya tiba-tiba lak untuk buat muffin(org baru blajar msk kne rajin2kn diri kn.hehe...) kali ni pilihan saya adalah Muffin Oreo. resepinya saya ambil daripada MyResepi. Alhamdulillah ummi ngan abah cakap sedap :)

beginilah rupa muffin oreo

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2    cawan gula
2       sudu besar serbuk koko
1       cawan air suam (saya gantikan dengan susu)
1/2    cawan minyak masak
1       sudu kecil baking powder
1/2    sudu kecil soda bikarbonat
1       sudu kecil esen vanilla
4-5    keping biskut oreo

1) Campurkan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, serbuk koko dan minyak masak ke dalam  satu bekas. Kacau sebati.
2) Larutkan gula di dalam susu suam dan masukkan ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.
3) Masukkan esen vanilla dan biskut oreo yang telah dicincang kasar. Kacau lagi.
4) Masukkan adunan ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit.

menggoda x :p


Selamat mencuba.dijamin sedap.hehe..


GEMS MSR05/SRM05!!

>> Monday 24 October 2011

Salam...

Excited semacam je tajuk kat atas tu kn.hehe...ok,pada sesiapa yang tak tahu GEMS tu ape, meh nk cite skit..nope,meh nak copy dari website dia.malas nk translate :)

The Graduate Employability Management Scheme (GEMS) is a government capacity building initiative developed to equip graduates with commercially useful skills and experiences that will enhance their employability. It is a programme with the purpose to mobilise human capital to support the country's economic growth by reducing unemployment among graduates.




Hari ni berpeluang untuk melawat delagasi GEMS untuk site Suria Resort, Merang. bila dah sampai sana, terbayang-bayangla masa kje ngan GEMS dulu. sangat best untuk di kenang...

banner yang akan menyambut anda sebelum smpi ke resort. kt atas tu no phone resort ye

juga disambut dengan deretan colourful flags.ceria btul..

berjalan menuju ke lobby 

biasela petang2 hari, riadah..


PM : En Azman Ibrahim (naik pgkt okay!!)
SM : lupe nama.sorry :)
SE : Jaslizan Jaafar & Bella (from ATC04)
SA : tak kenal

***lupa lak nak amik pict En Jeme td.hehe..next time ye

Fixie di mana-mana

>> Sunday 23 October 2011

Salam semua...

Saya pasti ramai di antara kita yang selalu terjumpa dengan basikal fixie yang sangat glamer sekarang.glamer ke?haha....pada saya, ianya glamer sbb menjadi kegilaan baru remaja sekarang. Dan hari-hari bila drive balik dari keje memang saya akan jumpa sekumpulan remaja round kampung dengan fixie ni. Kadang2 terdetik jugak kat hati untuk beli fixie ni.hmm :)

Kat bawah saya nk share dengan anda tentang basikal fixie ni. (kredit to zonlelaki.com)


cantik kn??
  • Basikal fixie mula diperkenalkan pada 1950. 
  • Basikal fixie ini tidak mempunyai brek dan sesetengah negara mempunyai undang-undang melarang penggunaan basikal tanpa brek.
  • Untuk memberhentikan basikal fixie penunggang harus menggunakan tenaga yang kuat untuk menghalang pengayuh dan berpusing dan menyebabkan basikal bergelongsor. Perbuatan ini dipanggil sebagai 'skidding'.
  • Sesetengah penunggang fixie berpendapat basikal fixie ini dapat membantu penunggang mengayuh dengan lebih efisyen.
  • Basikal fixie tidak mempunyai gear.
  • Harga basikal ini adalah dari RM500 - ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti basikal.
  • Penunggang fixie mempunyai komuniti sendiri dimana mereka akan berkumpul dan menunggag fixie dimana-mana.
  • Seperti basikal BMX, fixie juga mempunyai skill atau trick yang tersendiri yang boleh dilakukan oleh penunggang yang mahir.
  • Basikal fixie bagus untuk melatih otot kaki kerana ia tidak membenarkan anda untuk 'coasting' dimana, pada basikal biasa, anda akan merehatkan kaki anda sengan memberhehtikan kayuhan ketika basikal masih berjalan.
  • Sesetengah penunggang berpendapat menunggag fixie memberikan mereka lebih 'feel' kerana ia memberikan lebih rasa cengkaman ketika menunggang terutamanya di jalan yang licin.
pink!!!

Okeh,kt mane nak beli fixie ni??kat kedai basikal la..untuk nak berminat, anda boleh usha mana-mana yang murah. selamat berfixie ye.hehe....

1) Neo Cycle Enterprise. Ada blog NeoCycle dan FB jugak.
2) Bicycle Buy & Sell
3) FB Fixie Rider (Malaysia)

***exercise kt depan umah jelah :)

Peteh Ganu Peteh

>> Friday 14 October 2011

Salam...

Just a short entry for today. 

Selamat berjaya untuk team Terengganu & T-team. 

Berjuang hingga ke wisel penamat.


**kalah menang adat pertandingan.harap2 menangla mlm ni.amin... :)

Muffin Vanilla

>> Saturday 8 October 2011

Salam...

Apa khabar semua?diharap hujung minggu anda penuh manfaat & penuh kegembiraan macam saya.hehe...hujung minggu saya habiskan dengan memasak :)

Kalau semalam saya masak Nasi Ayam, hari ni tiba-tiba rajin pulak nak buat muffin. Yang menjadi pilihan adalah - MUFFIN VANILLA yg sangat sedap. Saya dapat resepi ni daripada MyResepi, saya share dengan korang semua ye.



MUFFIN VANILLA BEST

8 tbsp mentega
4 cawan tepung kek
2 cawan gula
2 cawan susu segar (saya guna Dutch Lady lowfat)
2 biji telur
4 tbsp serbuk penaik
1 tbsp esen vanilla
1 tsp garam

1) Pukul gula, mentega dan garam dalam mangkuk adunan dengan kelajuan sederhana.
2) Masukkan telur dan kacau sebati. Selepas itu, masukkan esen vanilla.
3) Maukkan pula tepung kek (+ serbuk penaik) berselang-seli dengan susu.
4) Tuangkan adunan ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 180'C selama 20-30 minit.

fresh from oven :)
**mgu depan nak masak ape lak ye :)

First time masak NASI AYAM

>> Friday 7 October 2011

Salam Jumaat semua...

Saya andaikan anda semua sibuk menonton Bajet 2012 ye. Semoga sentiasa berpihak untuk rakyat :)

Ok, hari ni just nak share yang buat pertama kalinya masak NASI AYAM!!!macam tak caya je. sebelum ni pikir susah nak buat, rupanya...senanglah sangat. Haruslah tiap-tiap bulan masak NASI AYAM kn.haha...

Untuk yang baru berjinak-jinak mau masak nasi ayam, saya senaraikan beberapa link resepi nasi ayam yang boleh anda cuba :

http://dayangjack.blogspot.com/2011/03/nasi-ayam-madu-lada-hitam.html
http://www.tiffinbiru.com/2010/06/nasi-ayam.html
http://mamawandiha.blogspot.com/2010/05/nasi-ayam-ipoh.html


pict from blog dayangjack

**next week nk masak nasi ayam lg blh?hehe...