Awet muda dengan bunga mawar

>> Tuesday 20 September 2011

Salam Selasa...

Ada yang bangun pagi tadi malas nak ke ofis?jangan di buat sindrom malas-malas tu ye.nanti lambat kahwin.hehe..ops,i ni bile nak kahwin??insyaAllah :)

Saya ada petua nak share dengan korang semua ni.khas untuk bakal-bakal pengantin ye.

Petuanya:

44 hari sebelum tarikh perkahwinan anda,
amalkan
memakan sekuntum bunga mawar, kelopak demi kelopak
dan disertai dengan selawat ke atas Nabi SAW.
insyaAllah pada hari bersejarah nanti, anda akan berseri-seri.

cantik kn bunga ni.sooo like`~


***mau start mkn skrg boleh x?hehe...

Review: 1 Hari 1 Resepi

>> Saturday 17 September 2011

Salam...

Apa khabar semua?saya doakan semua pembaca sentiasa dilindungi Allah. hari ni saya nk buat sedikit review tentang 1 buku resepi yg baru beberapa minggu menjadi koleksi terbaru saya.wah gitu......hehe..buku ini hasil nukilan chef yg memang terkenal iaitu Chef Hanieliza :)

harus dimiliki

Bila dah beli buku resepi baru ni,mulalah tahap kerajinan saya meningkat.hehe...setiap hari tak perlu nak pikir panjang nak masak ape sebab buku ni ada 365 resepi yang kita boleh cuba.kiranya macam 1 hari 1 resepi (erk,mmg tu tajuk dia kn)

  • Harganya cuma RM39.90 (sgt murah untuk 365 resepi)
  • Gambarnya cukup terang, jelas & of course nampak sngt tempting (saya tak beli kalau gambar tak cantik)
  • Resepinya simple & senang untuk dicuba (sesuai sgt utk mereka yang baru belajar masak)
  • Ada beberapa info pada helaian hadapan ttg bahan,rempah yang memang patut dibaca oleh anak2 dara yang baru b'jinak dgn dunia masakan (sila study sblm jumpa mak mertua.hehe...)



Daging Goreng Pattaya.my fav..

Peria Goreng Lada Hitam.sedap2..


**tak sabar mau memasak untuk si dia.opss...

Esok UPSR!!!

>> Monday 12 September 2011

Salam...

Entry ini ditujukan khas untuk adik2 yang akan menduduki exam UPSR esok. korang jgn cuak lak ye. doa byk2, insyaAllah kejayaan akan jadi milik kalian.

Buat adik2 di Perlis yang menjadi mangsa banjir, semoga musibah ini tidak akan menjadi penghalang untuk berjaya.chaiyok2 :)

pict credit to moe melaka

**gd luck atie

Cubaan membuat Oreo Cheesecake

>> Friday 9 September 2011

Salam...

Semalam keinginan nk buat kek sangatla berkobar-kobar ye rakan2.hehe....dan dengan gigihnya lepas solat isyak terus masuk dapur utk buat kek. resepi oreo cheesecake ni saya dapat dari blog Pinkku Celaru. apa kate korang semua buat kek ni utk tetamu yang dtg raya kt umah tu,confirm licin diorg sapu sbb kek ni sangatla sedap :)

yummy...


Bahan2:

~ A ~
1 stengah paket oreo (yang plastik panjang tu)
50 gram butter (fara gune dalam 30gram je) sebab oreo dah ade butter,

~ B ~
250 gram cream cheese (satu plastik memang 250 gram)
stengah tin susu pekat manis. (if nak manis, buleh tambah)
stengah paket oreo (plastik panjang)

***********************

Cara2

~ A ~
Oreo.. hancurkan guna blender kering .. + butter yang dah dicairkan.. gaul rata.. masuk dalam loyang (9 inch).. tekan2 bagi mampat.. then, masuk la dalam freezer.

~ B ~
Creamcheese + susu, putar smpai xde ketulan cheese.. smpai sebati.. masukkan oreo yang dah dipecah2.. gaul rata..

Masukkan bahan ~B~ ke loyang bahan ~A ~ tadi.. masuk balik dalam freezer. Tunggu smpai beku (biasa, fara akan tinggal dlm 1 malam).. tapi.. 4/5 jam pon dah ok da..


**ni resepi yg saya copy sebijik dr blog cik fara :)

Puasa Sunat Syawal & Puasa Ganti

>> Monday 5 September 2011

Salam Syawal semua...

Semua masih beraya ke?dapat banyak jemputan rumah terbuka?alhamdulillah,tak perlulah masak kn. Pegi je ke rumah terbuka, then sila melantak puas-puas.hehe...Raya-raya jugak,korang semua dh start puasa sunat(lagi glamer dgn nama puasa enam kn) & puasa ganti?ari ni baru 7 Syawal,ada banyak mase lagi. same-samelah kite rebut kelebihan puasa enam ni.



Ada tak sesiapa yang penah tanya korang atau korang sendiri yang terpikir, boleh ke puasa ganti sekali ngan puasa enam? atau puasa ganti dlu pastu puasa enam?saya ada terbaca dalam satu majalah dan saya akan share ape yang saya baca, cara untuk anda puasa ganti & puasa enam untuk panduan kite bersama.

1) Anda boleh berniat
" Sahaja aku puasa qada Ramadan esok hari kerana Allah Taala " 

Dengan niat ini, anda sudah berolah puasa qada dan pahala enam juga diperoleh secara automatik. Apabila sudah mengqada puasa selama 6 hari, secara automatik anda sudah pun melaksanakan puasa sunat. Namun kalau anda hendak berpuasa sunat lagi selepas itu, masih digalakkan.

2) Anda juga boleh berniat
 " Sahaja aku berpuasa qada Ramadan dan sunat Syawal esok hari kerana Allah Taala " 

dengan niat ini anda dikira berpuasa qada dan mendapat pahala puasa sunat Syawal. Walau bagaimanapun ada yang tersilap niat dengan menyebut puasa sunat dahulu, maka dengan itu niat puasa qada tidak terpakai.
      Contoh - "Sahaja aku berpuasa sunat Syawal dan qada Ramadan kerana Allah Taala"

Dalam kes cmni hanya niat pertama dikira sah, manakala yang kedua itu tidak mengikut. ini kerana puasa sunat lebih kecil daripada puasa qada.


Rasulullah SAW pernah bersabda 
" Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan mengikutinya dengan puasa enam Syawal, 
mereka seolah-olah berpuasa setahun "

***mohon teguran andai ada yang tersalah.kita same2 tuntut ilmu kn :)