Tahniah Ally Iskandar & Farah Lee

>> Friday 20 January 2012

Salam Jumaat, penghulu segala hari.

20.01.2012 Ally Iskandar selamat menjadi suami kepada Farah Lee. Happy untuk anda berdua..haha,macan kenal rapat je dengan diorang ni haha

Ramai yang menantikan Ally ni naik pelamin kan, saya pun salah seorang daripadanya. Semoga Ally dan Farah bahagia selamanya dan sentiasa di dalam redha Allah SWT.


cantik!!

**bile pulak turn saya.huhu...


Wordless Wednesday #3

>> Wednesday 18 January 2012


**waiting for you...

Tab HD Glow Essence to let go

>> Monday 16 January 2012

Kepada pengguna Miracle Tab or sesiapa yang berminat dengan produk ni,

saya nak let go Tab HD Glow Essence murah-murah je. Belum sampai separuh pun pakai. 
Bile pakai Tab HD ni muka jadi lembut sangat.





Reason to let go : Bertukar ke produk lain

Harga : RM 40 + free postage

Sesiapa yang berminat, do email me : 


Status : SOLD

Melukis dengan Microsoft Excel

>> Saturday 14 January 2012

Entri kali ni tidak bermotif. Hanya untuk berkongsi apa yang saya baru belajar setelah berblog walking di Azhunk World. Ada TUTORIAL tentang melukis dengan menggunakan Microsoft Excel, so why not cuba kan. Tak susah pun sebenarnya.

Inilah hasilnya,cun tak?hehe...

muka saya bulat camtula.haha..

**motif??

Sayur Pedas Batang Keladi

>> Friday 13 January 2012

Lauk kegemaran kami sekeluarga bila bulan puasa. Every week mesti beli kat pasar ramadhan. Kadang-kadang dalam seminggu hampir tiap-tiap hari ada lauk ni. Bukan apa, bulan puasa je ada jual lauk batang keladi. Kalau tak, memang takde jual kat mana-mana. (saya belum jmpa lagi.hehe...)

Rupanya senang je nak masak batang keladi ni. Tahun ni tak perlu lagi ke bazar ramadhan, boleh buat sendiri kat rumah. Dijamin halal dan sedap /blush



Resepi : copy dari blog Secubit Garam


Bahan :
2 batang @ 300gm batang keladi
1 kpg asam keping
Air secukupnya

Didihkan air bersama asam keping.
Siang/potong dan bersihkan batang keladi dan masukkan kedalam periuk.
Celur sekejap tp jangan sampai lembik.
Angkat dan toskan.

Bahan kuah:
3 bj bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 ekor ikan selayang saiz sederhana ~ amik isi
1 sudu besar budu
1/2 sudu kecil kerisik
daum kesum/kemangi
1/2 liter air
garam

Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada hitam dan isi ikan hingga lumat.
Bancuhkan bahan tumbuk dgn sedikit air supaya bila kita masukkan ke dalam kuah, isi ikan tidak berketul2.
Panaskan air dlm periuk dan masukkan bahan tumbuk dan budu.
Masak hingga mendidih dan masukkan batang keladi bersama dgn asam keping td.
Masukkan juga kerisik, daun kesum/kemangi dan garam.
Boleh dimasukkan sedikit gula jika suka.
Masak hingga mendidih dan padamkan api.


Boleh lah dihidangkan dgn nasi panas, ikan panggang, ikan kering goreng dan sambal belacan.
Insyaallah terangkat! 



***Rugi sape tak cuba tau..

Dugaan Wardina Safiyyah

>> Thursday 12 January 2012

Salam Khamis untuk semua...

Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah SWT

Terkejut bila online pagi tadi, dapat tahu yang selebriti kesayangan ramai, Wardina Safiyyah telah dirompak malam tadi.



*** Malaysia sudah tidak selamat..


Kek Marble Sheila Mambo

>> Monday 2 January 2012

Mana datangnya nama Sheila Mambo? Tidaklah di ketahui. Mungkin juga Sheila Mambo yang cipta resepi ni. Yang pasti kek ini tersangat ummmph. Sumpah sedap /please

posing ngan bunga.hehe...


Resepi : (copy dari cikmin.com)

125 g mentega
155 g tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 biji telur, dipukul sedikit
125 g gula halus (kalau letak 100 g pun ok)
125 g cooking chocolate
1 camca teh esen vanilla
80 ml susu segar

Cara-caranya:
1) Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin kek dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas, lenser juga lertas tadi. Cairkan coklat masakan secara kaedah double-boiler. Ketepikan.
2) Putar mentega dengan gula hingga putih. Tambah telur dan terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla. Putar rata.
3) Pada kelajuan sedarhana, masukkan tepung selang seli dengan susu segar, hingga habis, kacau rata. Bagi adunan pada 2 bahagian, 1 biar pada asal dan 1 lagi bancuh dengan coklat yang telah dicairkan tadi. Kacau rata.
4) Tuang berselang seli antara adunan biasa dengan adunan bercoklat, buat hingga habis. Lorekkan dengan hujung pisau 2 - 3 pusingan. Bakar 40 - 45 minit atau hingga masak, sejukkan atas jaringan dan hias ikut kreativiti masing2.


++saya buatkan 3 bahagian (kosong, merah & choc)

***petang ni nak buat lg.sedapnya!!