Arghhhhh,SELULIT!

>> Wednesday 30 November 2011

Salam....

Ada mana2 perempuan yang mengalami selulit?

Ada mana2 perempuan yang tertekan dengan kehadiran selulit?



Saya pasti ramai yang mengalaminya (sedih kn) saya akan share sedikit info dan cara untuk menyingkirkan selulit yang saya baca daripada sebuah akhbar tempatan.same-samelah kite cuba ye.kalau berjaya,yippieeeeee....alhamdulillah.kalau x pun,boleh cuba lg.yang penting cuba & jangan putus asa :)

Ok, kenapa seseorang tu diserang selulit?Selalunya ia kerap terjadi pada perempuan yang sudah akil baligh. Sebabnya, peningkatan estrogen yang berlaku akibat perubahan hormon boleh menyumbang kepada kewujudan dan bertambahnya masalah selulit.

Bagaimanapun kajian menunjukkan ia mungkin terjadi disebabkan oleh keadaan semulajadi pada tisu perantara wanita yang dikenali sebagai septa yang memastikan lemak berada pada kedudukannya.

1) Mulakan dengan pengambilan buah-buahan & sayuran segar seperti buah beri, ceri, sitrus, kobis bunga, brokoli, tomato dan kacang pea. Semua ni mengandungi antioksidan yang dapat membantu meningkatkan keanjalan septa yang secara tidak langsung memastikan selulit berada di bawah permukaan kulit.



2) Ambil beberapa vitamin yang bagus dalam diet anda. Vitamin dan mineral dapat membantu sel-sel berfungsi dengan normal.

3) Untuk mewujudkan septa yang lebih anjal, anda perlu elak pengambilan rokok, kafein, bahan pengawat dan makanan pedas dalam diet harian anda.no more nescafe plsss :)



4) Senaman yang dilakukan secara rutin dapat membantu membakar lemak dan menguatkan otot tubuh secara tidak langsung membantu mengurangkan kehadiran selulit. (tiap2 minggu harus g joging kt stadium.hehe...)



5) Elakkan tekanan. Tekanan sebenarnya boleh mendorong selulit sebab apabila tertekan tubuh akan mengeluarkan hormon adrenalin yang terus memasuki sel darah untuk bertindak balas pada otot seperti triceps, biceps dan quadriceps sebagai perlindungan. Dalam bahasa mudahnya, darah tidak sampai pada kulit dan mengurangkan peredaran serta tidak banyak toksin dibuang daripada tubuh.

**Kadang-kadang dengan hanya menarik nafas panjang sudah dapat menyingkirkan toksin dalam badan. Cuba teknik ini : Tarik nafas untuk sesaat. Kemudian tahan nafas itu selama 4 saat sebelum hembuskan perlahan-lahan selama 2 saat.

6) Gunakan berus besar yang mempunyai permukaan rata serta bulu yang keras untuk kulit anda. Mulakan dengan menggosok dengan lembut di buku lali dengan gerakan membulat dan terus ke peha dan jika perlu hingga ke pangkal peha. Berus seperti ini dapat membantu memerangi selulit kerana ia mampu merangsang peredaran darah, menyuburkan tisu-tisu dan berkesan membuang toksin dalam badan.



7) Minum air dengan jumlah yang mencukupi. Sangat penting untuk membantu membuang toksin dan mengekalkan keanjalan kulit.


**harus mulakan esok :)

Wordless Wednesday #1


sahabat baik?sahabat selamanya?hehe...



**first time buat Wordless Wednesday :)

Salam Aidiladha

>> Saturday 5 November 2011

Selamat Hari Raya untuk semua umat Islam.

Bagi yang menunaikan haji, tahniah kerana terpilih menjadi tetamu Allah. 

Semoga mendapat haji yang mabrur.


**bilakah diri ini akan menjejak bumi suci..

Petua tidur Rasulullah SAW

Salam...

Sekadar perkongsian ilmu menjelang hari raya aidiladha. Semoga kita semua mendapat keberkatan olehNya Amin...

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasulullah SAW, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah SWT hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur ialah ibadah yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah SWT untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu paha mari syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya jika sesorang tidur cara selain cara Nabi SAW, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.(erk!) 


Antara sunnah-sunnah Nabi SAW sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun* (doa harian) tetapi hakikatnya harga yang Allah SWT janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki ke arah Qiblat kerana ini adalah kedudukan tidur orang yang teah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah*, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid.

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafirun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah SWT akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhuk' sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail baru semula kalau mahu. Positif :)

8. Tidur cara Rasulullah SAW dengan mengiring ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi sunnah Nabi SAW yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan.

Pesan Nabi SAW, dilarang tidur meniarap terutamanya lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya adalah syaitan/jin betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, syaitan/jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih syaitan/jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai ''bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.(ngerinya,huhu...)

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk, berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan dia sedang mencaci dirinya sendiri"

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang. Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang. Bukan itu sahaja, tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab-adab dalam Islam antaranya :

1. Berwudhuk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum tidur. Malah biasakan diri untuk mengambil wudhuk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati. InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguna jin dan syaitan.

2. Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu. Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun.

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal, cuba ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang hari. Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untun berubah dan beristighfar memohon keampunan dari Allah S.W.T

4. Membaca Doa & Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu. Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya mengadap kiblat. Rasulullah SAW sering mengamalkan membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak 3 kali berturut-turut.

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak 3 kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan sokat subuh.

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu pagi, ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami. KepadaNya kami akan dibangkitkan". Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.

* Doa Masnun - doa yang Rasulullah SAW selalu amalkan dan tak pernah tinggalkan. hendaklah dibaca ketika hendak memulakan sesuatu perbuatan yang mengikut Sunnah.
* Tasbih Fatimah - Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33X, Allahuakbar 33 X 



**pict baby sekadar hiasan