Ramadhan berlalu, Syawal menjelma

>> Monday 29 August 2011

Salam...

Alhamdulillah setelah sebulan kita berpuasa, Syawal menjengah tiba.
Alhamdulillah masih dapat bersua dengan Syawal mulia.
Alhamdulillah dapat menyempurnakan Ramadhan yang diharap dapat diterima yang Maha Esa.
Alhamdulillah dapat merasai kegembiraan Syawal bersama kaum keluarga & rakan tersayang.


Selamat hari raya untuk semua yang sudi membaca blog yang tak seberapa ni, semoga kalian gembira di samping keluarga & insan tersayang. Apabila bergembira, jangan di lupa insan lain yang mungkin sedang derita. Untuk yang kurang bernasib baik, saya doakan kalian sentiasa dilindungi Allah SWT.


**jumpa lagi di Ramadhan tahun depan.insyaAllah :)

Doa buat Norma...

>> Thursday 11 August 2011

Salam Ramadhan...

Ada sape2 yang berkesempatan tengok MHI pagi semalam?

Hari ini saya nak berkongsi kisah seorang insan yang sedang diuji oleh Allah SWT iaitu Norma dan suaminya, Talib. Walaupun saya langsung tidak mengenali meraka namun saya terpanggil untuk berkongsi bagaimana beratnya dugaan yang dihadapi. Sebenarnya saya dapat tahu mengenai Norma daripada blog kakak ipar Talib iaitu Kak Moon. Untuk tahu apa yang Norma hadapi, sila tengok Sedutan MHI kat bawah ni atau ke blog Kak Moon untuk cerita yang lebih details, Moon Punyer Blog


Sempena bulan Ramadhan ni, sama-samalah kita berdoa agar Norma kembali sihat, kembali menjadi isteri yang sempurna untuk Talib dan ibu yang sempurna untuk Rafiq. Amin...

gmbr from blog kak moon


Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan, sila salurkan kepada :

10070068677528 (CIMB)
NOORMAWATI BT MOHD RASIF


**hargailah orang tersayang selagi mereka masih bernyawa

Doa harian di Bulan Ramadhan

>> Wednesday 10 August 2011

Salam Ramadhan..

Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke 10 kita semua berpuasa.
Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk merasai nikmat Ramadhan.
Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik untuk mengejar pahala berganda di bulan Ramadhan.
Alhamdulillah untuk semua nikmat yang diberikan.



Walaupun sudah masuk hari ke 10, rasenya tidak terlambat untuk saya kongsi doa harian yang boleh diamalkan sepanjang bulan Ramadhan ini.

Hari ke 10

Ya Allah! Jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakal kepada-Mu, dan jadikanlah aku diantara orang- orang yang menang disisi-MU, dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang dekat kepada-MU dengan ehsan-MU, Wahai Tujuan orang-orang yang memohon.

Hari ke 11

Ya Allah! Tanamkanlah dalam diniku kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah dalam diniku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-MU dan api neraka dengan pertolongan-MU, Wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan.

Hari ke 12

Ya Allah! Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qana’ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diniku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaan-MU, Wahai penjaga orang-orang yang takut.

Hari ke 13

Ya Allah! Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menenima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuan-MU,Wahai Dambaan orang-orang miskin.

Hari ke 14

Ya Allah! Janganlah.Engkau hukum aku, karena kekeliruan yang ku lakukan. Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala dan malapetaka dengan kemuliaan-MU, Wahai Kemuliaan Muslimin.

Hari ke 15

Ya Allah! Berilah aku rizki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu’. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-MU, Wahai Keamanan untuk orang-orang yang takut.

Hari ke 16

Ya Allah! Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmat-MU hingga sampai kepada alam akhirat. Demi ketuhanan-MU Wahai Tuhan seru sekalian alam.

Hari ke 17

Ya Allah! Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita-ku. Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada didalam hati seluruh isi alam. Selawat atas Mohammad dan keluarganya yang suci.

Hari ke 18

Ya Allah! Sedarkanlah aku akan berkah-berkah yang tersimpan di dua pertiga malamnya. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikufi ajaran-ajarannya, Demi cahaya-Mu Wahai Penerang hati para arifin.

Hari ke 19

Ya Allah! Penuhilah bagianku dengan berkah-berkahnya, dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Kau jauhkan aku dari ketertedmaan kebaikan- kebaikannya, Wahai penunjuk jalan kepada kebenaran yang terang.

Hari ke 20

Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca AI-Quran Wahai Penurun ketenangan di dalam hati orang-orang Mu’min.

Hari ke 21

Ya Allah! berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaan- MU. Dan janganlah Engkau memberi jalan kepada setan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, Wahai Pemenuh keperluan orang- orang yang meminta.

Hari ke 22

Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurnia-MU, turunkan untukku berkah-berkahmu. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keredhaan-MU, dan tempatkanlah aku di dalam syurga-MU yang luas, Wahai Penjawab doa orang-orang yang dalam kesempitan.

Hari ke 23

Ya Allah! Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai Penghapus kesalahan onang-orang yang berdosa.

Hari ke 24

Ya Allah! Aku memohon kepada-MU hal-hal yang mendatangkan keredhaan-MU, dan aku berlindung dengan- MU dan hal-hal yang mendatangkan kemarahan-MU, dan aku memohon kepada-MU kemampuan untuk mentaati-MU serta menghindari kemaksiatan terhadap-MU, Wahai Pemberi para peminta.

Hari ke 25

Ya Allah! Jadikanlah aku orang-.orang yang mencintai Auliya-MU dan memusuhi musuh-musuh MU. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup Nabi-MU, Wahai Penjaga hati para Nabi.

Hari ke 26

Ya Allah! Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosaku diampuni, amal perbuatan ku diterima, dan seluruh aibku ditutup, Wahai Maha Pendengar dan semua yang mendengar.

Hari ke 27

Ya Allah! Anugerahkanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadr, dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba- hambanya yang soleh.

Hari ke 28

Ya Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepada-MU diantara semua perantara, Wahai Dzat yang tidak tersibukkan oleh permintaan orang-orang yang meminta.

Hari ke 29

Ya Allah! Liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah kepadaku Taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan noda-noda fitnah Wahai Dzat yang Maha Pengasih terhadap hamb- hambaNYA yang Mu’min.


Hari ke 30


Ya Allah! Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaan-MU dan keredhaan Rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya, Demi kenabian Muhammad dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.


**Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan kepada kita semua. InsyaAllah.

Salam Ramadhan 1432H

>> Monday 1 August 2011

Salam...

Alhamdulillah,syukur kerana masih dipertemukan lagi dengan Ramadhan. dapat lagi berpuasa bersama keluarga tersayang, dapat lagi berterawih beramai-ramai di masjid, dapat lagi menikmati juadah yg enak yang mungkin hanya terdapat pada bulan Ramadhan.

kali ni sy nk share juadah2 yg sy suka pabila larut malam ramadhan tiba.

1) Kuih Nekbat


nekbat ni mmg popular kt Terengganu. tiap2 kali bln puasa kami akan beli sbb nekmat ni jgk menjadi fav abah bila nak berbuka.

2) Lompat Tikam

Lamenya dh tak makan lompat tikam ni.rindu nak makan yg m'long buat.air tangan m'long mmg superb :) kalau di besut & kelantan, lompat tikam nye mcm yg kat atas ni. sedap sgt....

3) Bubur lambuk

Walaupun bubur ni mak sll buat, tp bile makan mase bulan puasa rasenya sgt enak & nikmat sekali.hehe...

Sy senaraikan 3 juadah je tapi sebenarnya banyak lagi yg jadi fav sy.tak masuk lagi list air2 fav kan :p

Semoga RAMADHAN tahun ini memberikan seribu keberkatan kepada kita semua.

**semua gambar ihsan dr mr google