Kek Marble Sheila Mambo

>> Monday, 2 January 2012

Mana datangnya nama Sheila Mambo? Tidaklah di ketahui. Mungkin juga Sheila Mambo yang cipta resepi ni. Yang pasti kek ini tersangat ummmph. Sumpah sedap /please

posing ngan bunga.hehe...


Resepi : (copy dari cikmin.com)

125 g mentega
155 g tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 biji telur, dipukul sedikit
125 g gula halus (kalau letak 100 g pun ok)
125 g cooking chocolate
1 camca teh esen vanilla
80 ml susu segar

Cara-caranya:
1) Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin kek dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas, lenser juga lertas tadi. Cairkan coklat masakan secara kaedah double-boiler. Ketepikan.
2) Putar mentega dengan gula hingga putih. Tambah telur dan terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla. Putar rata.
3) Pada kelajuan sedarhana, masukkan tepung selang seli dengan susu segar, hingga habis, kacau rata. Bagi adunan pada 2 bahagian, 1 biar pada asal dan 1 lagi bancuh dengan coklat yang telah dicairkan tadi. Kacau rata.
4) Tuang berselang seli antara adunan biasa dengan adunan bercoklat, buat hingga habis. Lorekkan dengan hujung pisau 2 - 3 pusingan. Bakar 40 - 45 minit atau hingga masak, sejukkan atas jaringan dan hias ikut kreativiti masing2.


++saya buatkan 3 bahagian (kosong, merah & choc)

***petang ni nak buat lg.sedapnya!!

5 comments:

Errah 2 January 2012 at 18:05  

syedappnye nengok kek tu..tiba2 rasa lapar...boleh la try nanti...

Diyana Abdullah 2 January 2012 at 19:38  

serius sedap.nnt try ye dear :)

Errah 3 January 2012 at 01:01  

memang nak try..bhn2 kbnykkan nye dah ada..tq 4 share ...

cikmin 27 February 2012 at 21:14  

tq ye dear for trying...memang sedap kan..nak buat pun teramat mudah.. :)

Diyana Abdullah 31 March 2012 at 16:25  

sorry,tak perasan lak cikmin mengomen kt cni.hehe...my all time fav cake :)