Doa buat Norma...

>> Thursday 11 August 2011

Salam Ramadhan...

Ada sape2 yang berkesempatan tengok MHI pagi semalam?

Hari ini saya nak berkongsi kisah seorang insan yang sedang diuji oleh Allah SWT iaitu Norma dan suaminya, Talib. Walaupun saya langsung tidak mengenali meraka namun saya terpanggil untuk berkongsi bagaimana beratnya dugaan yang dihadapi. Sebenarnya saya dapat tahu mengenai Norma daripada blog kakak ipar Talib iaitu Kak Moon. Untuk tahu apa yang Norma hadapi, sila tengok Sedutan MHI kat bawah ni atau ke blog Kak Moon untuk cerita yang lebih details, Moon Punyer Blog


Sempena bulan Ramadhan ni, sama-samalah kita berdoa agar Norma kembali sihat, kembali menjadi isteri yang sempurna untuk Talib dan ibu yang sempurna untuk Rafiq. Amin...

gmbr from blog kak moon


Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan, sila salurkan kepada :

10070068677528 (CIMB)
NOORMAWATI BT MOHD RASIF


**hargailah orang tersayang selagi mereka masih bernyawa

0 comments: