100 hari

>> Monday, 25 February 2013

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Sudah seratus hari menjadi isteri kepada Mr A. Blessed..

Syukur dengan segala-galanya. Semuanya berlalu dengan begitu pantas. Tahun 2012 adalah tahun yang sangat sweet. Merisik, bertunang dan nikah semuanya berlaku pada 2012. Haruslah sweet kn /blush

Just a short entry this time. Busy hehe



***Ada manisnya pada PJJ 

Beauty Clinic Sulfur Blackhead Suction Nose Pack

>> Thursday, 18 October 2012

Asyik tertangguh je untuk buat review pasal produk best ni.
Super best!!
Saya pasti ramai yang dah tau pasal produk ni.
Kepada yang blom try,sile beli sekarang juga.
Opps..jangan cari di Watson's or Guardian, memang korang takkan jumpa.
Hanya boleh beli online sahaja di hansaegee.com
Service diorang sangatla tip top.
Tak percaya, sila beli sendiri.hehe..



Last month, saya beli semua mask dan nose pack. Memang excited sangat nk try.
Walaupun ni produk dari Korea, dont worry. Ada instructions in English.
Or korang boleh tengok kt website hansaegee, ada step by step instructions.


Step 1 : Sulfur Blackhead Suction Nose Pack
Step 2 : Pore Stamping Serum

Untuk first time trial, inilah hasilnya (gambat blur skit)
Tapi puas hati sangat sebab banyak blackhead degil ni tertanggal dengan mudahnya.


Yahooooo!
Korang akan rasa hidung korang sangat licin.
Sukeeee  /wahaha

**iklan tidak berbayar. sekadar berkongsi :)


Genap seminggu

>> Tuesday, 16 October 2012

Rindu pada arwah maktok menggunung tinggi.
Terlalu banyak kenangan bersama arwah maktok.
Tak mungkin dapat kami lupakan.
Pemergian maktok sangat kami dirasai.
Tapi kami redha dengan ketentuan Ilahi.
Mungkin inilah yang terbaik untuk maktok.
Saya redha.
Kami semua redha.
Cuma ketika kenangan itu menjelma, air mata ini tidak dapat dibendung.
Semoga maktok aman di sana.
Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Amin..


**sempat jgk maktok kenal dengan En. tunang 

Bersawang....

>> Thursday, 20 September 2012

Fuhh...fuhhh bersawang hbs blog ni ye.ntah mane tuan dia menghilang.hehe...

Ucapan yang dah basi tp still nk wish jgk :

/nobigdeal

Salam ramadhan
Salam aidilfitri
Salam merdeka


***akan merajinkan diri untuk update blog pasni 

Perempuan ini..

>> Friday, 13 July 2012




Perempuan ini sudah lama sabar
Perempuan ini sudah lama menangis
Perempuan ini sudah lama menyimpan rasa

Benar, perempuan ihi hatinya lembut
Benar, perempuan ini hatinya lemah
Benar, perempuan ini hatinya sensitif

Namun ia bukanlah alasan untuk di ambil kesempatan
bukanlah alasan untuk tidak di peduli

Duhai lelaki,
hiaskan perempuan ini dengan kasih sayang
nyanyikan perempuan ini dengan lagu-lagu rindu
tarikan perempuan ini dengan gemalai bahgia

Jika hati perempuan ini bakal robek lagi, terhiris lagi, punah lagi,
perempuan ini akan terus sabar...



***puisi suka suki.hehe..

DUGAAN

>> Tuesday, 3 July 2012


Ya Allah
berilah aku kekuatan rohani
berilah aku ketabahan hati
berilah aku ketahanan jiwa


jika ini dugaan yang aku harus tempuh,
aku terima
jika ini jalan terbaik untukku,
aku terima


semoga dugaan ini akan terus mematangkan kami
semoga dugaan ini akan terus membahagiakan kami
semoga dugaan ini akan terus menyatukan kami


terima kasih Ya Allah
di atas setiap nikmat yang engkau telah berikan
terima kasih Ya Allah
di atas seseorang yang engkau telah temukan untukku


mode : insaf

Norma telah pergi...

>> Thursday, 24 May 2012

Assalamualaikum..

Salam Rejab untuk semua pembaca.

Pagi ini saya dikejutkan dengan berita pemergian Norma (boleh lihat post sebelum ni - Doa buat Norma) di FB. Setelah lama mengikuti kisah-kisah Norma dan Talib di blog, kisah Norma begitu dekat dengan saya. Kak Moon sentiasa update perkembangan Norma tanpa jemu. Untuk yang belum pernah tahu kisah sedih mereka, boleh ke blog Kak Moon. Selamilah kisah mereka. Semoga ada keinsafan buat kita semua. Saya doakan Norma tenang disana. Untuk Talib dan Rafiq, saya doakan yang terbaik buat kalian. Semoga tabah menghadapi hari-hari yang mendatang tanpa Norma disisi.

petikan dari blog Kak Moon

**semoga tenang di sana. Al-Fatihah..

Mencegah Jerawat

>> Thursday, 17 May 2012

Sharing is caring /nobigdeal

Ketika anda masih kecil, tidak mustahil hampir semua orang mempunyai jangkitan demam campak. Demam campak bukan sahaja boleh memberi kesan terhadap kesihatan, tetapi juga meninggalkan parut-parut yang sangat buruk. Namun parut-parut ini hanyalah sementara sahaja dan agak mustahil untuk anda mendapat demam campak buat kali kedua! 

Apabila anda meningkat dewasa, hormon-hormon dalam badan akan berubah dan untuk sesetengah orang yang tidak mempunyai genetik kulit cantik, akan mula menghadapi satu masalah yang lebih dahsyat daripada parut demam campak, iaitu JERAWAT! 

Jerawat bukan sahaja berlaku ketika anda berusia remaja, malah 54 peratus wanita yang berumur lebih 25 tahun juga menghadapi masalah ini, dan ianya lebih lazim di kalangan wanita berumur 30an. Selain masalah kulit berkedut, masalah jerawat dan kesan-kesan parut akibat jerawat adalah salah satu masalah wanita yang sangat merunsingkan. 

Menurut ahli dermatologi dan penulis buku "Heal Your Skin", Ava Shamban serta Pengarah Pusat Latihan Dan Pembangunan Institut Dermatologi, Annet King, masalah jerawat adalah genetik dan ianya boleh dirawat dengan bantuan doktor pakar kulit. Walaubagaimanapun, kos rundingan ini selalunya mahal. Masih ada cara lain yang tidak menggunakan wang dan boleh dilakukan untuk melawan masalah jerawat. Di sini kami senaraikan penyebab jerawat menyerang dan bagaimana anda boleh mengelaknya. 

1. Penggunaan alat solekan dengan bahan-bahan tiruan

Kebanyakan wanita pastinya menggunakan alat kosmetik apabila keluar dari rumah, dan dalam mengaplikasi solekan tersebut, anda pastinya menggunakan bedak, alat-alat kosmetik seperti berus, pembayang mata dan lain-lain. Tapi sedarkah anda bahan-bahan di dalam alat solekan anda boleh memberi kesan terhadap kulit anda? Malah ada alat solekan yang menggunakan bahan-bahan tiruan. Oleh itu lihatlah bahan-bahan ini ketika anda membeli alat solekan yang boleh menyebabkan masalah jerawat. 

Warna tiruan: Sekiranya terdapat perkataan "FD&C", ini bermakna produk ini mempunyai bahan tiruan. Bahan ini boleh menyebabkan iritasi kulit, dan sekiranya ia terdapat dalam pemerah pipi atau lipstik, ianya boleh menyebabkan jerawat di pipi atau sekeliling mulut. 

Lanolin: Ini adalah sejenis sebum atau minyak kambing biri-biri. Walaupun ianya bagus untuk kulit kering, tetapi ianya boleh memberi kesan buruk untuk kulit yang memang bermasalah. 

Minyak mineral: Bahan ini akan membentuk satu lapisan di permukaan kulit, di mana ianya akan memerangkap kulit mati dan bakteria (penyebab utama jerawat) dan juga menyebabkan milia, iaitu sejenis bintik-bintik putih di kulit anda. 

Petroleum: Ini adalah sejenis bahan yang membuatkan kulit anda lebih berminyak dan semestinya anda tidak perlukan bahan ini di muka anda. 

Isopropyl Myristate: Bahan ini boleh membuatkan kulit anda kurang berminyak, tetapi ianya akan menyumbat liang-liang roma dan menyebabkan iritasi kulit. 

Pewangi tiruan: Bahan ini boleh menyebabkan kulit bermasalah. Oleh itu, cubalah cari produk yang bebas pewangi. 

2. Tekanan pada permukaan kulit

Tekanan pada permukaan kulit turut boleh menyebabkan jerawat. Contohnya seperti penggunaan telefon bimbit, memegang muka anda dengan tangan dan sebagainya. Ini kerana tangan anda, telefon bimbit dan sebagainya adalah kotor dan mempunyai bakteria. Apabila anda mendekatkan bahan-bahan ini ke muka anda, maka bakteria itu akan berjangkit dan menyebabkan pembiakan bakteria di kulit anda, yang kemudiannya menyebabkan jerawat! 

Oleh itu, apa yang patut anda buat ialah menukar habit anda dalam memegang muka anda, dan juga membersihkan sebarang permukaan barang-barang yang selalu digunakan berdekatan dengan kulit muka, terutamanya telefon bimbit supaya tiada jangkitan bakteria. 

3. Stress

Sedarkah anda setiap kali anda stress, kulit anda akan menjadi kusam dan bermasalah? Ini kerana apabila anda stres, badan anda akan menghasilkan hormon berlebihan dan juga kortisol yang boleh menyebabkan jerawat. Selain penyebab kulit berkedut, masalah jantung dan juga masalah penghadaman, stress juga boleh menyebabkan tahap imunasi badan anda rendah. Oleh itu ianya boleh menyebabkan badan anda lebih terdedah kepada bakteria dan pelbagai penyakit. Jadi apa anda perlu buat? Relaks! Kurangkan tahap stress anda dengan bertenang dan membuat aktiviti yang boleh menceriakan anda, contohnya beriadah dengan keluarga, menonton wayang ataupun bergelak ketawa! 

4. Pakaian dan alas katil/bantal yang kotor

Bakteria boleh berada di mana-mana sahaja dan salah satunya dalam bentuk kulit mati. Apabila anda tidur, kulit anda akan mengalami proses penukaran dan kulit-kulit mati akan jatuh. Cuba bayangkan, anda tidur selama 6 sehingga 8 jam setiap hari, dan sekiranya alas bantal tidak ditukar, anda akan tidur dengan kulit-kulit mati dan bakteria melekat di muka anda! Selain itu, baju-baju anda pakai yang sudah terdedah dengan peluh, kotoran di luar, sekiranya tidak dicuci, akan menjadi tempat bakteria membiak! Malah tuala yang lembap selepas digunakan juga boleh menjadi tempat pembiakan bakteria yang menyebabkan jerawat. 

Oleh itu, apa yang patut anda buat ialah menukar cadar dan alas bantal sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu. Kemudian anda hendaklah menggunakan tuala baru setiap hari. Selain itu kurangkan penggunaan bahan pelembut dan pencuci yang mengandungi pewangi yang boleh menyebabkan iritasi apabila mencuci pakaian anda. 

5. Produk rambut

Ramai yang tidak sedar penggunaan syampu dan produk rambut boleh menyebabkan jerawat. Sekiranya anda fikir balik, tahukah anda berapa kali rambut anda menyentuh kulit muka anda? Melainkan anda cuci rambut anda setiap hari dan malam sebelum tidur, bahan-bahan tersebut akan melekat di bantal tidur anda, seterusnya ke muka anda. 

Malah dengan bahan-bahan yang terdapat dalam produk rambut seperti minyak, silikon, dan sebagainya boleh membuatkan kulit anda tersumbat. Jadi apa yang perlu anda buat ialah mengelakkan rambut anda daripada jatuh ke muka, seperti memakai cekak rambut atau mengikat rambut anda. Bagi mereka yang memakai tudung, pastikan kain tudung anda bersih dan dibasuh setiap hari. 

6. Berus solek

Setiap kali anda menggunakan berus solekan, kulit-kulit mati anda akan melekat di alat tersebut, seterusnya menjadi tempat bakteria membiak dan menyebabkan jerawat. Oleh itu apa yang perlu anda lakukan ialah menggunakan span solekan sekali sahaja atau mencuci berus yang digunakan setiap minggu dengan pencuci khas berus solekan atau syampu. Ini akan membuat berus anda bebas bakteria dan membuatkan kulit anda bebas jangkitan jerawat! 

7. Pemakaian baju ketat

Selain di muka, jerawat juga boleh menyerang permukaan kulit di badan yang lain seperti belakang badan, dada malah kaki! Selalunya perkara ini berlaku apabila kulit mati dan peluh terperangkap di badan akibat pemakaian baju yang tidak sesuai seperti terlalu ketat. Fabrik seperti polyester ataulycra juga boleh memerangkap kulit-kulit mati dan peluh di badan, menyebabkan bakteria membiak. Oleh itu, apa yang perlu anda buat untuk mengelak perkara ini ialah memakai pakaian yang longgar menggunakan fabrik kapas atau bahan yang membenarkan kulit anda untuk bernafas.


***courtesy of yahoo

Wordless Wednesday #4

>> Wednesday, 16 May 2012


/blush

[DIY] Bunga Tisu / Crepe Paper

>> Sunday, 15 April 2012

Sebelum ni rajin jugakla menjenguk ke blog-blog diy & berkenan betul dengan bunga ni. Nampak sweet je. Bila tengok dia pnya step, macam senang.

Last week pun, bile ke rumah sedara, jumpala bunga tisu ni (tp pakai crepe paper) Anak dia buat banyak2 untuk diletakkan kat tepi pelamin mase si adik nak bernikah. Pelamin pun diy. Sangat cantik, gambar seperti di bawah ye.


Bunga-bunga merah tu semuanya pakai crepe paper. 

So saya pun berkobar-kobarla untuk try buat jugak. Saya beli crepe paper kaler putih, pink & soft purple.

80sen/paket @ Mega Lace


Dan hasilnya, 

suke~~

**klu diy hantaran agak2 jadi x?huhu..

Cobaan Membunuh Jerawat

>> Tuesday, 10 April 2012

Arghhhh,jerawat....

Weekend lepas sy ke Klinik Mohd Sulaiman setelah produk2 lain tidak menjadi untuk sy. Hoho, sangat tension sebenarnya dengan jerawat ngan parut ni. Jerawat start naik sejak di sekolah menengah dulu. Then tak pernah2 surut. My mom pun suggestkan untuk ke klinik sebab anak kawan dia pun pg klinik tu. Dan resultnya, no more jerawat kt muka dia. Just tinggal parut je...

Doc cakap jerawat sy ni puncanya adalah resdung /omg

2 beg plastic okey~~

nilah semua ubatnya..

Berharap sangat jerawat ni akan hilang sepenuhnya sebelum hari bahgia.huhu...

Untuk minggu pertama, jerawat alhamdulillah makin kecut /blush


**istiqamah


Happy Birthday!!

>> Sunday, 8 April 2012

Dah setahun kewujudan blog ini rupenya. Sekejap je masa berlalu kan..

Walaupun dh setahun, saya masih lagi bertatih dalam dunia blog ini.

Teruskn menyokong saya /sweat


Karnival Pelamin & Rias Pengantin 2012 (Terengganu)

>> Friday, 30 March 2012

Karnival datang lagi....


Banyak pulak update pasal kahwin ni ye..

Biasela, seru sudah datang.hehe... InsyaAllah /blush


ni je yg sempat di capai..

ni pelamin dari Galeri Pengantin Farah.
sweet & simple kn

xtau dari bridal mane. cantik cume tak berkenan part lilin tu. dh mcm tett...

my fav, cantik sgt2 pelamin ni.

kadlawo.com pun join same. jauh tu dr kuantan..sme design mmg cantik.
insyaAllah ada rezki mmg nk temph ngan diorg ni :p


sweet~~

rambang mata sudah....

Sape-sape yang dok area Kuala Terengganu ni & belum jumpa lagi baju/pelamin yang dicari, sile kt TTC. Mana tau jumpa yang berkenan kn.

**pink?oh no..











Zikir Terapi Diri by Hafiz Hamidun

>> Tuesday, 27 March 2012

Salam Selasa...

Agak lama diriku tidak meng'update' blog ye. Maaf, tuan punya blog akan sibuk dengan urusan peribadi /blush



Kali ni saya nak share tentang album terbaru daripada Hafiz Hamidun iaitu Zikir Terapi Diri. Sebuah album yang sarat dengan alunan zikir syahdu yang mampu membelai jiwa menjadi tenang.



Untuk perjalanan jauh, memang wajib saya pasang CD ni. Perjalanan tentunya akan rasa tenang je. Yelah biasenya kalau kt jalanraya memang senang naik angin kan, dengan macam-macam pesen driver ni.hehe... Semua zikir dalam CD ni sangat best, memang xrugi beli.



***berbaloi-baloi


Festival Pengantin Terengganu 2012

>> Monday, 6 February 2012

Hari Jumaat lepas, si ibu mengajak si anak dara ni pergi ke TTC. Ada ape?
Festival Pengantin 2012!
Si ibu ni dah tak sabar2 untuk bermenantu.haha...sabar,insyaAllah masanya akan tiba.
Saya sampai lebih kurang pukul 12, so tak ramai sangatla yang datang.

Layan jelah gambar yang sempat saya snap..Mana tau boleh amik inspirasi kn..





simple & fresh

cantik kan?sweet je..

sorry,blur. yang ni tema dia kek. ada kek besar kat kiri ngan kanan pelamin tu.

yang ni i suke.ala2 pelamin ally iskandar & farah lee kn.
ada sentuhan tradisional gtew...

haa,yg ni pn i suke.sweet!!

ada magazine terbaru. INSPIRASI PERKAHWINAN.
beli 1 dapat free pencuci muka Safi Rania Gold

suke2. nnt kawin nk baju kaler ni....
**semoga dipermudahkan segalanya oleh Allah. Amin..

Salam Maulidur Rasul 1433H/2012

>> Sunday, 5 February 2012

Assalamualaikum...
Salam Maulidurrasul untuk semua umat Islam.





Ya Nabi salamunalaik
Ya Rasululllah salamunalaik
Ya Habib salamunalaik
Solawatullahi alaik

Di mulakan dengan selawat
Ke atas Nabi syafiul ummat
Moga diberkati hidupku
Selamat di dunia dan Akhirat

Pergi mu tiada pengganti
Hilanglah seri buana ini
Kaulah penyeri kaulah purnama
Yang menerangi hidup manusia

Lahirmu dijanjikan Allah
Membawa rahmat sekalian alam
Membina ummat bertamadun
Kaulah Nabi kekasih Allah

Walau ujian melanda
Kau sabar menghadapinya
Kau contoh sebaik ummat

Tauladan sepanjang zaman
Walau kau tiada lagi
Kau tetap di sanubari
Jasamu terlalu agung
Namamu tetap di hati

Tahniah Ally Iskandar & Farah Lee

>> Friday, 20 January 2012

Salam Jumaat, penghulu segala hari.

20.01.2012 Ally Iskandar selamat menjadi suami kepada Farah Lee. Happy untuk anda berdua..haha,macan kenal rapat je dengan diorang ni haha

Ramai yang menantikan Ally ni naik pelamin kan, saya pun salah seorang daripadanya. Semoga Ally dan Farah bahagia selamanya dan sentiasa di dalam redha Allah SWT.


cantik!!

**bile pulak turn saya.huhu...


Wordless Wednesday #3

>> Wednesday, 18 January 2012


**waiting for you...

Tab HD Glow Essence to let go

>> Monday, 16 January 2012

Kepada pengguna Miracle Tab or sesiapa yang berminat dengan produk ni,

saya nak let go Tab HD Glow Essence murah-murah je. Belum sampai separuh pun pakai. 
Bile pakai Tab HD ni muka jadi lembut sangat.





Reason to let go : Bertukar ke produk lain

Harga : RM 40 + free postage

Sesiapa yang berminat, do email me : 


Status : SOLD

Melukis dengan Microsoft Excel

>> Saturday, 14 January 2012

Entri kali ni tidak bermotif. Hanya untuk berkongsi apa yang saya baru belajar setelah berblog walking di Azhunk World. Ada TUTORIAL tentang melukis dengan menggunakan Microsoft Excel, so why not cuba kan. Tak susah pun sebenarnya.

Inilah hasilnya,cun tak?hehe...

muka saya bulat camtula.haha..

**motif??