Pietee for A.L.O.N.G
>> Monday, 23 May 2011
Salam...
Sekadar ingin menunaikan hasrat seprang teman utk makan Pietee namun hasrat itu harus ditangguhkan dulu kerana kesempatan tidak kunjung tiba.haha,ayat bkn main lg...dh 2 kali hasrat Cik Along tak tertunai ni. cian kt along. nnt along tryla buat sendiri kt umah ye.suruhla Mie tolong =)
RESEPI PIETEE
yummy..pict credit to sambal.com.au |
Pastri:
250 gm tepung gandum
20 gm tepung beras
500 ml air
10 gm gula
5 gm garam
2 biji telur
1) Campurkan kesemua bahan, gaul sebati & tapis.
2) Panaskan minyak (gunakan minyak yg banyak).
3) Panaskan acuan pietee ke dalam minyak & celupkan ke dalam adunan. Masukkan ke dalam minyak panas, kuis-kuiskan sedikit agar ia lekang dari acuan. Masak sehingga kuning keemasan.
Inti:
Lobak merah
Sengkuang
Isi ayam
Isi udang
Bawang putih
Lada sulah
Sos tiram
Minyak bijan
Sedikit tepung jagung (optional)
1) Tumbuk bawang putih. Potong sayur-sayuran sebesar kiub. Cincang ayam & udang.
2) Tumis bawang putih, masukkan ayam & udang. Gaul rata, masukkan sos tiram & lada sulah.
3) Masukkan sayuran tadi & gaul rata. Masukkan air jika perlu.
4) Bila sayur hampir masak, masukkan bancuhan tepung jagung, garam & minyak bijan. Gaul rata.
5) Isikan ke dalam pastri. Sedia dimakan bersama sos pencicah.
**selamat mencuba cik along & utk org lain gk.hehe...
0 comments:
Post a Comment