Muffin Vanilla

>> Saturday 8 October 2011

Salam...

Apa khabar semua?diharap hujung minggu anda penuh manfaat & penuh kegembiraan macam saya.hehe...hujung minggu saya habiskan dengan memasak :)

Kalau semalam saya masak Nasi Ayam, hari ni tiba-tiba rajin pulak nak buat muffin. Yang menjadi pilihan adalah - MUFFIN VANILLA yg sangat sedap. Saya dapat resepi ni daripada MyResepi, saya share dengan korang semua ye.



MUFFIN VANILLA BEST

8 tbsp mentega
4 cawan tepung kek
2 cawan gula
2 cawan susu segar (saya guna Dutch Lady lowfat)
2 biji telur
4 tbsp serbuk penaik
1 tbsp esen vanilla
1 tsp garam

1) Pukul gula, mentega dan garam dalam mangkuk adunan dengan kelajuan sederhana.
2) Masukkan telur dan kacau sebati. Selepas itu, masukkan esen vanilla.
3) Maukkan pula tepung kek (+ serbuk penaik) berselang-seli dengan susu.
4) Tuangkan adunan ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 180'C selama 20-30 minit.

fresh from oven :)
**mgu depan nak masak ape lak ye :)

0 comments: