Easy Oreo Muffin

>> Wednesday 26 October 2011

Salam...

Happy Deepavali untuk semua yang beragama Hindu.

Sempena cuti hari ni kan, saya tiba-tiba lak untuk buat muffin(org baru blajar msk kne rajin2kn diri kn.hehe...) kali ni pilihan saya adalah Muffin Oreo. resepinya saya ambil daripada MyResepi. Alhamdulillah ummi ngan abah cakap sedap :)

beginilah rupa muffin oreo

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2    cawan gula
2       sudu besar serbuk koko
1       cawan air suam (saya gantikan dengan susu)
1/2    cawan minyak masak
1       sudu kecil baking powder
1/2    sudu kecil soda bikarbonat
1       sudu kecil esen vanilla
4-5    keping biskut oreo

1) Campurkan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, serbuk koko dan minyak masak ke dalam  satu bekas. Kacau sebati.
2) Larutkan gula di dalam susu suam dan masukkan ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.
3) Masukkan esen vanilla dan biskut oreo yang telah dicincang kasar. Kacau lagi.
4) Masukkan adunan ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit.

menggoda x :p


Selamat mencuba.dijamin sedap.hehe..


0 comments: