Puasa Sunat Syawal & Puasa Ganti

>> Monday 5 September 2011

Salam Syawal semua...

Semua masih beraya ke?dapat banyak jemputan rumah terbuka?alhamdulillah,tak perlulah masak kn. Pegi je ke rumah terbuka, then sila melantak puas-puas.hehe...Raya-raya jugak,korang semua dh start puasa sunat(lagi glamer dgn nama puasa enam kn) & puasa ganti?ari ni baru 7 Syawal,ada banyak mase lagi. same-samelah kite rebut kelebihan puasa enam ni.



Ada tak sesiapa yang penah tanya korang atau korang sendiri yang terpikir, boleh ke puasa ganti sekali ngan puasa enam? atau puasa ganti dlu pastu puasa enam?saya ada terbaca dalam satu majalah dan saya akan share ape yang saya baca, cara untuk anda puasa ganti & puasa enam untuk panduan kite bersama.

1) Anda boleh berniat
" Sahaja aku puasa qada Ramadan esok hari kerana Allah Taala " 

Dengan niat ini, anda sudah berolah puasa qada dan pahala enam juga diperoleh secara automatik. Apabila sudah mengqada puasa selama 6 hari, secara automatik anda sudah pun melaksanakan puasa sunat. Namun kalau anda hendak berpuasa sunat lagi selepas itu, masih digalakkan.

2) Anda juga boleh berniat
 " Sahaja aku berpuasa qada Ramadan dan sunat Syawal esok hari kerana Allah Taala " 

dengan niat ini anda dikira berpuasa qada dan mendapat pahala puasa sunat Syawal. Walau bagaimanapun ada yang tersilap niat dengan menyebut puasa sunat dahulu, maka dengan itu niat puasa qada tidak terpakai.
      Contoh - "Sahaja aku berpuasa sunat Syawal dan qada Ramadan kerana Allah Taala"

Dalam kes cmni hanya niat pertama dikira sah, manakala yang kedua itu tidak mengikut. ini kerana puasa sunat lebih kecil daripada puasa qada.


Rasulullah SAW pernah bersabda 
" Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan mengikutinya dengan puasa enam Syawal, 
mereka seolah-olah berpuasa setahun "

***mohon teguran andai ada yang tersalah.kita same2 tuntut ilmu kn :)

0 comments: